Translate

Background.MyEm0.Com

5/04/2012

Menjana Pembangunan Negara

Selamat datang yang diucapkan kepada semua pelawat blog kami.Diharap anda berpuas hati dengan projek kami dan jika terdapat sebarang cadangan atau 
komen,dipersilakan untuk memberikan cadangan.


Ribuan terima kasih terutamanya kami ucapkan kepada guru Pendidikan Sivik kami iaitu En.Rosli kerana memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan blog dan mengajar kami bagaimana membuka blog.Kumpulan kami ini terdiri daripada 5 orang pelajar iaitu Lau Yee Pin,Lye Yee Meng,Loo Wai Fong,Choo Poo Yin dan Lai Sook Ying telah bekerjasama menyiapkan blog ini.Pelbagai cara yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang blog kami ini.Blog kami ini bertajuk "Menjana Pembangunan Negara".

Maksud:-
Menjana pembangunan negara bermaksud segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh,terancang dan menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan penduduk dan kemakmuran negara tercapai. Hal ini bermakna pembangunan yang dirancang perlu mencukupi pelbagai aspek termasuk politik,ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga faktor ini saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Politik
   Masyarakat memerlukan kuasa politik yang mantap demi memperkukuhkan dan memperkasakan proses penyatuan perpaduan bangsa dibawah satu bumbung. Krisis politik yang berpanjang boleh menwujudkan lebih banyak kesan negatif kepada masyarakat di Malaysia menjelang 2020 sekiranya tidak ditangani segera.
   Kita perlu ingat dalam politik segala perbezaan pandangan,cadangan dan kritikan perlu dibuat dalam konteks yang positif yang dapat membina satu proses dinamik dan bukannya menjadikannya sebagai gelanggang untuk menikam,berpecah ataupun bermusuhan antara satu sama lain.

Ekonomi
   Perpindahan ekomomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian turut melanjakan permintaan untuk mengikuti pendidikan dipolitenik.
   Namun perlu diakui,pasaran globalisasi yang begitu pantas ketika ini menurut satu pembahawan politeknik yang lebih besar daripada pelbagai sudut.

Sosial
Aspek sosial khususnya pendidikan dan pembangunan modal insan merupakan satu aspek yang amat penting dalam menjana pembangunan negara.Pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berasaskan sains dan teknologi perlu diberi keutamaan dan menjadi agenda utama dalam kurikulum pendidikan di negara kita.

Faktor-faktor yang menjana pembangunan negara:-
  • Kestabilan politik.
  • Rancangan dan dasar kerajaan.
  • Kerjasama dan perpaduan antara kaum.
  • Perkembangan ICT dan komunikasi.

USAHA MENINGKATKAN STATUS NEGARA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan status Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Antara usaha-usaha tersebut ialah:
·         Meningkatkan perkhidmatan dan kepakaran di pusat-pusat perubatan atau kesihatan sama ada kerajaan ataupun swasta.
·         Mewujudkan sistem pendidikan yang berprestij dengan meningkatkan kualiti dan taraf sistem pendidikan negara.
·         Melahirkan lebih ramai graduan dan golongan professional dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, aeroangkasa, perubatan, robotic, bioteknologi dan lain-lain bagi meningkatkan produktiviti ke arah mencapai tahap yang lebih kompetitif di peringkat domestic dan global.
·         Memajukan sector pertanian dalam negara.
·         Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti Jambatan Pulau Pinang, lebuh raya bertaraf antara bangsa, lapangan terbang antara bangsa, bandar-bandar satelit iaitu Cyberjaya .
·         Membina bangunan sebagai lambing dan mercu tanda kemajuan negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara KLCC.

Usaha-usaha yang dirancang perlu mendapat kerjasama dan penggemblengan tenaga serta sokongan semua pihak bagi memastikan kejayaan dalam setiap pelaksanaan perancangan.Hasrat untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020 hanya boleh menjadi realiti sekiranya segala cabaran dapat ditangani secara berkesan.
Sekian, terima kasih... 

1 条评论:

  1. Best Casino Apps In the UK for 2021 - DrmCD
    Best Casino 김해 출장샵 Apps 밀양 출장안마 In the UK for 제천 출장마사지 2021 There are plenty 김포 출장안마 of reasons why casino apps have long been 경주 출장마사지 a very popular form of entertainment.

    回复删除